Nama penuh : Salehuddin Yusof bin Najmuddin Ayub
Gelaran : Saladin
Keturunan : Kurdi (kaum Quraisy suku Ruwaidhah)
Lahir : pada tahun 1138 di Tikrit wilayah Iran
Pencapaian : panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara pada zaman Perang Salib, penentang kuat tentera Salib dan kejayaan terbesar adalah menumpaskan tentera Salib dan berjaya mengambil semula Baitulmuqaddis dan Palestin daripada tangan Kristian pada abad ke12.
SUMBANGAN SALEHUDDIN AL-AYYUBI
Menentang Tentera Salib
- mula menyertai peperangan pada tahun 1164 apabila menyertai ekspedisi ketenteraan Syria bersama bapa saudaranya, Shirkuh.
-Dalam peperangan ini, tentera Islam pimpinan Shirkuh berjaya menewaskan tentera Salib yang berada di bawah pimpinan Amaury I.
-Akibat daripada tindakan tentera Salib yang melanggar perjanjian damai yang dimeterai, tentera Islam berjaya menumpaskan tentera Salib pada tahun 1169.
-Salehuddin telah dilantik sebagai panglima angkatan tentera Syria. Pelantikan ini menjadi titik tolak kepada kegemilangan dan kemasyhurannya.
Membebaskan Kota Baitulmuqaddis
-Merupakan tindak balas tentera Islam terhadap tentera Perancis di bawah pimpinan Raynald yang bertindak kejam ke atas kafilah dagang Islam.
-Ketika berada di Hittin, berlaku pertembungan antara tentera Islam dengan tentera Salib. Kemenangan berpihak kepada tentera Islam kerana mereka menguasai kawasan sumber air.
-Tentera Perancis mengalami kekalahan teruk terpaksa berundur. Bilangan yang terkorban juga menceceah 10,000 orang termasuk pemimpinnya iaitu Usup Akka.
-Kemaraan tentera Salehuddin tidak dapat dikekang lagi apabila beliau kemudiannya berhadapan dengan Raja Baitulmuqaddis yang dikawal 150 orang pahlawan sahaja.
-Kemudian Salehuddin mengarahkan Raja Baitulmuqaddis dan pemerintah Karak menghadapnya. Beliau bertindak memancung kepala Raynald kerana sikap biadapnya terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam.
-Raja Baitulmuqaddis berserta pengikutnya pula ditawan dan dihantar ke Damsyik dengan penuh kemuliaan dan penghormatan,
-Susulan peristiwa itu, tentera Islam telah menguasai satu persatu wilayah milik tentera Salib seperti Akka, Tabnin, Saida, Beirut,Ghazzah dan Baitu Laham dan diikuti Baitulmuqaddis.
Mangamalkan Dasar Sikap Tolak Ansur terhadap Penganut Kristian
-orang- orang Kristian tetap diberikan peluang mengunjungi kota suci Baitulmuqaddis walaupun orang Islam berjaya menguasainya.
-Melalui perjanjian damai yang dimeterai antara Salehuddin dengan Richard The Lion Heart di Ramalah pada 2 November 1192,pihak Islam bersedia memberikan kelonggaran kepada orang Kristian mengunjungi dan beribadat di Baitulmuqaddis.
No comments:
Post a Comment