Ciri-ciri kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w

1) Adil

-Menyelesaikan pertikaian mengenai perletakan Hajar al-Aswad.
-Membela atau menghapuskan diskriminasi terhadap kaum wanita termasuk menghapuskan amalan membunuh bayi perempuan.
-Menghapuskan semangat 'asabiyyah dan amalan diskriminasi antara kabilah.

2) Berani

-Mengetuai ekspedisi peperangan. Sebagai contoh, dalam Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan Perang Tabuk.
- Menanamkan semangat jihad dalam kalangan pejuang Islam meskipun mempunyai bilangan tentera yang sedikit berbanding dengan musuh. Contohnya, ketika Perang Badar dan Perang Khandak.

3)Berpandangan jauh

-Menerima syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Hudaibiyah ; bersetuju dengan fasal menghantar semula orang-orang Makkah yang berhijrah tanpa kebenaran wali mereka.
-Tindakan tersebut merupakan strategi dakwah Nabi Muhammad s.a.w.

4)Tegas

-Menjatuhkan hukuman yang sewajarnya terhadap kaum Yahudi yang mengkhianati Piagam Madinah.
-Bani Qainuqa' diusir kerana memperlekehkan kemenangan tentera Islam dalam Perang Badar dan bertindak menjatuhkan maruah seorang wanita Islam.
-Bani Nadhir diusir kerana merancang membunuh Nabi Muhammad s.a.w.
-Bani Quraizah diusir disebabkan bersekongkol dengan tentera Ahzab.

5) Mahir berpolitik

-Merencanakan proses Hijrah; dimulai dengan memeterai Perjanjian Aqabah I dan II bagi memudahkan baginda berhijrah ke Madinah kelak.
-Menggubal Piagam Madinah ; bersumberkan wahyu dan norma-norma masyarakatyang tidak bertentangan dengan syarak. 47 fasal yang terkandung dalam Piagam Madinah dipersetujui oleh masyarakat Madinah tanpa mengira agama.
-Mengasakan hubungan diplomatik dengan negara lain, bukan sahaja dapat mengukuhkan negara Islam bahkan melalui penghantaran utusan ia dapat menyebarkan Islam dengan lebih luas sama adadalam atau luar Semenanjung Tanah Arab.

No comments:

Post a Comment

ZAKAT (Khulafa' Ar-Rasyidin)