Etika Peperangan dalam Islam.

Etika peperangan dalam Islam terbahagi kepada tiga mengikut situasi iaitu:


  • Etika sebelum peperangan
  • Etika semasa peperangan
  • Etika selepas peperangan


Etika sebelum peperangan

1)Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya
- telah dilaksanakan ketika zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sewaktu menggempur wilayah Hirah. Beliau telah memberikan tiga pilihan kepada musuh Islam, iaitu menganuit Islam, berdamai ataupun berperang.

2)Membayar cukai jizyah
-Pihak musuh yang enggan menerima Islam tetapi sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam dikehendaki mebayar cukai jizyah. Ia sebagai simbol balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa mereka.

3)Memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu
-Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata seandainya mereka diperangiterlebih dahulu . Hal ini dapat dilihat terutamanya ketika Perang Badar. Sewaktu itu, tentera Islam hanya menunggu serangan musuh yang menceroboh, barulah peperangan besar-besaran diadakan,

Etika semasa peperangan

1) Metaati arahan pemimpin atau ketua
- Merupakan etika yang terpenting dalam peperangan berlaku. bertujuan bagi memastikan segala perancangan memberikan impak yang positif . Sebagai contoh, kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud pada 3H akibat daripada tentera Islam tidak akur dengan arahan pemimpin (kecuaian pasukan pemanah meninggalkan posisi yang ditetapkan).

2)Tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya.
-Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam, golongan kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi, pendeta tidak boleh dipeperangi. Golongan ini juga tidak dikenakan jizyah pada zaman Khulafa' al-Rasyidin kerana diannggap tidak mengancam keselamatan negara Islam.

3)Tidak boleh memerangi oarang sudah menyerah.
-Islam menetapkan etika tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.

Etika selepas peperangan

1)Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati
-Pada tahun 6 H, Perjanjian Hudaibiyyah telah dimeterai meskipun perjanjian dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam, namun Rasulullah s.a.w mempunyai misi yang tersendiri. Sikap musuh Islam yang melanggar genjatan senjata yang dipersetujui membolehkan Rasulullah s.a.w mengetuai tentera Islam membuka Kota Makkah pada tahun 8 H.

2)Tawanan perang dilayan dengan baik
-Merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Menggunakan kaedah diplomasi iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu. Tenyata kaedah ini menarik ramai musuh Islam menerima agama Islam.

No comments:

Post a Comment

ZAKAT (Khulafa' Ar-Rasyidin)