Nama Sebenar :Muhammad bin Abd Allah al-Lawati
Lahir : pada tahun 1304 di Tanger, Maghribi.
Mengembara bermula ketika usianya 21 tahun . Beliau meninggalkan kampung halamannya untuk mengerjakan ibadat haji di Makkah dan mendalami ilmu pengetahuan khususnya berkaitan hal ehwal agama Islam.
Keperibadian : mulia, berwibawa, pandai berdiplomasi, berpendirian tegas, gigih dan mahir berkomunikasi dengan gunakan bahasa asing seperti bahasa Parsi dan Turki.
Karya : al-Rihlah
SUMBANGAN IBN BATTUTAH
1. Pertambahan Ilmu Geografi
- Ibn Batuttah berjaya mengembara hampir ke semua negara Islam termasuk Mesir, Syria, Arabia, Iraq, Iran , India (semasa pemerintahan Muhammad Ibn Tughluq), China dari Chuan Chou ke Peking, Kepulauan Nusantara dan juga Constantinople.
- Catatannya tentang negeri2 tersebut telah mendalami pengetahuan geografi tempat2 itu.
- Beliau juga telah mengembara sejauh 75,000 batu di antara tahun 1325 hingga tahun 1353 Masihi.
2. Pensejarahan
- Beliau berjaya menemui ramai pemerintah, wazir dan juga pegawai-pegawai tinggi yang majoritinya boleh dipastikan dengan sumber2 lain.
- Hubungannya dengan mereka tercatat dalam bukunya “Rihlah” (Pengembaraan Ibn Battutah) yang boleh dianggap sebagai dokumen sejarah.
- Dalam buku itu aspek sosial, ekonomi dan politik boleh didapati terutamanya yang berkaitan dengan dunia Islam.
- Banyak diketahui tentang Anatolia, India di bawah pemerintahan Muhammad ibn Tughluq, Afrika Timur dan Barat dan Maldives.
3. Perkembangan dalam bidang ekonomi politik pembesar di India dan Acheh
- Catatan ini lakukan ketika Ibn Battutah singgah di India pada tahun 1333M.
- Di sini beliau pernah dilantik menjadi kadi besar di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Tughluq.
- Beliau juga pernah singgah di Pasai , Utara Sumatera dan bertemu dengan Sultan Malik al- Zahir yang memerintah kerajaan Pasai.
4. Semangat mengembara kepada orang Islam
- Pengembaraannya telah memberikan nafas baru kepada pengembara2 lain mengikut jejak langkahnya.
- Beliau digelar oleh para orientalis sebagai “The Prince of Muslim Travellers”.
- Pengembarannya selama 28 tahun juga meletakkan beliau setaraf dengan pengembara2 terkenal seperti Marco Polo.
No comments:
Post a Comment