ZAKAT (Khulafa' Ar-Rasyidin)

KONSEP ZAKAT

  • penyucian atau penyuburan. Penyucian dikaitkan dengan menghapuskan sifat-sifat kedekut atau bakhil dalam diri seseorang individu.
  • Penyuburan dikaitkan dengan penambahan pahal serta keberkatan dalam harta yang dimiliki.
Daripada syarak, zakat dikaitkan dengan pemberian atau pengeluaran yang diwajibkan ke atas umat Islam termasuk dalam rukun Islam.

Zakat terbahagi kepada dua :-

  1. Zakat Fitrah
         diwajibkan ke atas semua individu Muslim bermula daripada bulan Ramadhan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri.

      2. Zakat Harta
       
          diwajibkan ke atas individu yang mampu apabila harta yang dimiliki cukup kadar nisab serta haulnya (genap setahun dimiliki)

  • zakat pertanian
  • zakat binatang ternakan
  • zakat perniagaan 
  • zakat emas dan perak
  • harta karun


Harta yang dikeluarkan sebagai zakat akan diagihkan kepada lapan golongan asnaf iaitu :-
  1. golongan fakir
  2. golongan miskin
  3. musafir
  4. mualaf
  5. hamba yang membebaskan diri
  6. oarang yang berhutang
  7. orang yang berjihad
  8. amil

ZAKAT (Khulafa' Ar-Rasyidin)